
Pesanan Buat Pemandu-Pemandu Kenderaan Jenis MPV Dan SUV.
Tahukah Anda Bahawa Kesihatan Kita Boleh Terancam Secara Senyap Sewaktu Memandu Kenderaan?
Adakah Kita Sedari, Kita Menghidup Udara Yang Kotor Selama Ini di dalam KERETA?
Ramai antara kita menghabiskan banyak masa kita dan keluarga tercinta di dalam KERETA. Sama ada mengembara "Road Trip" , mengharung kesesakan lalulintas sewaktu berulang alik ke tempat kerja atau pemanduan marathon 10-12 jam sewaktu balik ke kampung di waktu perayaan.
Ini adalah antara punca masalah kesihatan berkaitan pernafasan yang jarang sekali kita sedari.
Buat pemandu kenderaan yang berusia lebih dari 7 tahun, mereka disarankan bagi memeriksa dan menyelenggara unit evaporator atau blower pada kenderaan anda.
Anda juga disarankan agar menukar cabin filter setiap 1 tahun atau 20,000km pemanduan.
Selain itu, mencuci permukaan evaporator dengan pencuci jenis buih juga dapat membantu membersihkan permukaan dan celah-celah sirip evaporator dari habuk dan debu. Selain dapat membantu membersihkan udara,ia membuatkan kabin kenderaan terasa lebih sejuk dan nyaman. Perkara ini boleh dibuat setiap 10,000 km pemanduan atau setiap 6 bulan.
Kesemua perkara di atas dapat membantu menjaga kebersihan udara dan kesihatan pernafasan pemandu dan para penumpang yang menaiki kenderaan tersebut.
Penggunaan alat pembersih udara dan ionizer di dalam kenderaan juga amat membantu meningkatkan kualiti udara. Pelbagai jenis ionizer kenderaan ada di dalam pasaran. Anda boleh mencuba 1 untuk kenderaan anda. Pasti udara terasa lebih segar.
Bukan apa, bila udara segar, oksigen ke otak cukup, kita pun susah mengantuk dan lebih fokus memandu. Banyak manafaatnya tu.
Sekian sahaja perkongsian ini. Untuk sebarang pertanyaan boleh sahaja wasap kami di 0192018414 . Insya Allah kami akan menjawap seadanya.
Terima kasih.
Happy Motoring!